Adab Seorang Guru


Guru adalah insan yang tugasnya menta’dibkan manusia. 
Namun guru perlu terlebih dahulu menghiasi diri dengan
 adab sebagaimana Rasulullah SAW perintahkan kepada 
ummatnya.
Imej
(Keterangan foto, dari kanan)Shaykh Abd Fattah Abu
 Ghuddah, Shaykh Abdullah al-Ghumari,  Shaykh 
Muhammad Yasin al-Fadani, Shaykh Ismaeel Zayn, Shaykh
 Hasan al-Saqqaf and Shaykh Ibrahim al-Khalifah al-Ahsai
Saya lupa ambil daripada mana bahan di bawah ini, yang
 berkaitan dengan adab seorang guru. Artikel adalah 
terjemahan daripada tulisan Syeikhul Islam Syeikh al 
Ghazali rahimahu Llah. 
Berkata Imam Al-Ghazali:

Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau

 jaga adab-adab ini:


1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).
2- Lambat marah.
3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta 
menundukkan kepala.
4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala
 kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan 
daripada kezalimannya.
5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada
 perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.
6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.
7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan
 yang kurang pandai.
8- Membimbing murid yang bebal.
9- Tidak memarahi murid yang bodoh.
10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi
 masalah yang tidak diketahuinya).
11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan
 cuba memahami soalannya dengan baik.
12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.
13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya
 ketika ia tersalah.
14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh
 memudaratkan.
15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain
 daripada Allah dengan ilmunya.
16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu
 kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang
 fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang
 berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan
 taqwa.
17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia
 menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi
 amalannya dan mengambil manfaat daripada
percakapannya (ilmunya).

Lihat: Al-Ghazali, Abu Hamid (505H), Bidayatul Hidayah
 (diterjemahkan oleh: Ahmad Fahmi Zamzam), m/s 155-157,
 Kedah: Al-Khazanah Al-Banjariyah (edisi Jawi, Oktober
 1993).
*Guru yang amanah dan beradab adalah juara perubahan
 (peringatan untuk diri sendiri).

Etika Pemakaian Kita

Bismillahirrahmanirrahim ...

Seperti yang antum semua tahu .. SMPI Pusat sudah meletakkan peraturan dan arahan kepada semua bakal-bakal guru untuk berpakaian "gaya seorang guru" dalam ertikata lain berpakaian formal .. Oleh itu .. Gambar di bawah adalah contoh pakaian seorang guru yang disyaratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia .. Sehubungan dengan itu,antum bolehlah melihat contoh etika pemakaian yang sepatutnya untuk kita laksanakan dalam etika pemakaian kita .. Moga dapat membantu antum untuk memilih pakaian yang sesuai .. :)




Salam Ukhuwah dan Salam Perjuangan sahabat2 sekalian .. masih belum terlambat utk mengucapkan Selamat Kembali Ke Kampus utk sesi 2012/2013 ini .. semoga sesi ini kita lebih bersemangat utk meneruskan langkah perjuangan kita .. semoga kita semua dikurniakan kesihatan yg baik dan pemikiran yg kreatif+kritis demi utk mencetak Generasi yang akan datang .. Selamat Maju Jaya Bakal Pendidik Sekalian .. :)

:: Masa Yang Diberkati ::


Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sebahagian daripada tanda baiknya (kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.
(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi)
Hadis ini juga diriwayatkan oleh Qurrah bin Abdurrahman, daripada Zuhri, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah dan sanad-sanadnya dinyatakan sebagai sahih. Qurrah menyebut tentang hadis ini bahawa “hadis ini kalimahnya pendek tetapi padat berisi dengan mesej yang dibawa”.
 Mesej hadis ini sungguh mudah tapi berat. Tanda baiknya islam seseorang itu, apabila dia meninggalkan perkara yang tidak bermakna baginya. Sungguh, hadis ini memang ‘simple’ dan mudah diingat. Namun, pelaksanaannya tidak semudah ungkapannya kecuali bagi orang yang benar-benar bermujahadah.
Dalam menjalani kehidupan seharian, setahun yang diberkati tentunya berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Begitu juga sehari yang tidak diberkati berbeza dengan sehari yang diberkati. Malah, seminit yang diberkati berbeza dengan seminit yang tidak diberkati. Contoh ini ditunjukkan secara tidak langsung oleh salah seorang ulama’ terdahulu, Imam Nawawi yang meninggal ketika usianya berada dalam lingkungan 40-an. Sungguh, umurnya singkat tetapi beliau berupaya menghasilkan kitab yang sangat banyak..yang berjasa kepada umat sehingga kini. Begitulah nikmatnya masa yang diberkati.
Imam Malik juga ada menyebut dalam kitabnya al-Muwatta’ bahawa seseorang bertanya kepada Luqman al-Hakim:
Apakah yang menyebabkan engkau mencapai darjat yang kami saksikan sekarang? Jawabnya: “Berkata benar, menunaikan amanah dan meninggalkan apa sahaja yang tidak bermanfaat bagi diriku”.
Begitulah sikap seorang insan yang dimuliakan oleh Allah sehingga kisahnya tercatat di dalam al-Quran. Luqman al-Hakim bukanlah siapa-siapa dalam kalangan manusia, dia bukan seorang raja mahupun seorang nabi. Mengikut pendapat yang paling kuat yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas, Luqman hanya seorang hamba abdi yang berkerja sebagai tukang kayu untuk majikannya. Namun, dia diberi hikmah dan kebijaksanaan oleh Allah tetapi tidak diberi kepadanya kenabian. Sungguh, mulianya seseorang di sisi Allah bukan kerana pekerjaan atau pangkatnya di dunia, tetapi sejauh mana ketakwaannya kepada Allah. Allah jualah yang menilai!
Memang benar, setiap orang berhak memiliki pandangan yang berbeza tentang bagaimana mereka mahu memaknakan kehidupan ini. Namun, sudut pandang yang benar tentang kehidupan dan menepati kehendak ar-Rahman adalah kehidupan ini tidak lain hanyalah satu pengabdian kepada-Nya. Keadaan inilah yang memudahkannya untuk menerima sebarang pertanggungjawaban baik ia berupa perintah yang wajib dilaksanakan, mahupun larangan yang mesti dijauhkan.
Dia tidak terbeban ketika Allah mewajibkan ke atas hamba-hamba-Nya untuk melaksanakan syariat. Malah, ketika mana Allah memerintahkan agar menjauhkan diri daripada larangan-Nya, walaupun perkara tersebut sangat diinginkan oleh nafsunya yang membara, dia berusaha untuk menjauhkan diri bahkan tidak sanggup untuk menghampirinya sama sekali. Begitulah jiwa seorang hamba.
Akhirnya, hayatilah firman Allah dalam surah al-Asr:
Demi masa. Sungguh manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan menjalankan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Semoga setiap masa yang dilalui selepas ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermaka dalam rangka memaknakan kehidupan. Ya Allah, berkatilah masa kami..~


:: sebab hati tidak tenang ::

HHati atau dalam bahasa arab dipanggil Qalbih merupakan salah satu organ dalam tubuh badan.Secara konsepnya, ia adalah satu perkara yang sangat berkait rapat dengan pembentukan diri dan keinsanan seseorang.Jika kita sorot kembali , peristiwa Isra’dan Mikraj ;pengembaraan Nabi Muhammad S.A.W yang Agung ,serta terkandung seribu satu pengajaran , telah berlaku suatu ‘pembedahan’ yang dialkukan oleh Malikat Jibril dengan membelah dada Baginda dan membersihkan hatinya dengan air zam-zam  untukmenghilangkan tompok hitam dalam hati baginda.
Selain itu juga, setiap perkara yang atau perbuatan yang kita lakukan akan memberikan implikasi terhadap hati.Jika satu kejahatan , maka terletaklah satu titik hitam di hati , bagaimana pula jika lebih dari satu kejahatan yang dilakukan dan bertambah-tambah amalan kemungkaran , nescaya hati menjadi gelap dan keras.
Jika sakit fizikal amat jelas kelihatan dan terasa penderitaannya.Sebsliknya sakit dalaman amat perit dan tidak kelihatan dek pandanagan .Namun dirasai jauh menusuk dijiwa.Hati yang tidak tenang seringakali menjadi gangguan atau konfik dalaman yang sentiasa berperang dan tercari-cari dimanakah punca dan penyelesaiannya .Di sini terdapat beberapa penyakit hati yang mudah menjangkiti setiap manusia.Jika ia tidak dirawat dengan Zikrullah maka dibimbangi akan kronik kelak.
Sebabnya ialah terdapat dalam diri anda sifat-sifat ‘mazmumah’ atau tercela.
Antara sifat mazmumah yang menhilangkan ketenangan hati ialah :

:: gRabbanI SonG ::

:: Followers gRabbanI ::