:: sebab hati tidak tenang ::

HHati atau dalam bahasa arab dipanggil Qalbih merupakan salah satu organ dalam tubuh badan.Secara konsepnya, ia adalah satu perkara yang sangat berkait rapat dengan pembentukan diri dan keinsanan seseorang.Jika kita sorot kembali , peristiwa Isra’dan Mikraj ;pengembaraan Nabi Muhammad S.A.W yang Agung ,serta terkandung seribu satu pengajaran , telah berlaku suatu ‘pembedahan’ yang dialkukan oleh Malikat Jibril dengan membelah dada Baginda dan membersihkan hatinya dengan air zam-zam  untukmenghilangkan tompok hitam dalam hati baginda.
Selain itu juga, setiap perkara yang atau perbuatan yang kita lakukan akan memberikan implikasi terhadap hati.Jika satu kejahatan , maka terletaklah satu titik hitam di hati , bagaimana pula jika lebih dari satu kejahatan yang dilakukan dan bertambah-tambah amalan kemungkaran , nescaya hati menjadi gelap dan keras.
Jika sakit fizikal amat jelas kelihatan dan terasa penderitaannya.Sebsliknya sakit dalaman amat perit dan tidak kelihatan dek pandanagan .Namun dirasai jauh menusuk dijiwa.Hati yang tidak tenang seringakali menjadi gangguan atau konfik dalaman yang sentiasa berperang dan tercari-cari dimanakah punca dan penyelesaiannya .Di sini terdapat beberapa penyakit hati yang mudah menjangkiti setiap manusia.Jika ia tidak dirawat dengan Zikrullah maka dibimbangi akan kronik kelak.
Sebabnya ialah terdapat dalam diri anda sifat-sifat ‘mazmumah’ atau tercela.
Antara sifat mazmumah yang menhilangkan ketenangan hati ialah :


*      PEMARAH

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak dalam diri setiap insan .Orang seperti ini kelihatan agak sukar didekati oleh  rakan –rakan dan keadaan dirinya selalu bergolak.Perasaan ini sukar dibendung terutamanya mereka yang bersikap gelojoh atau terlalu meniginkan sesuatu dalam kadar yang segera.Mereka yang dikategorikan sebagai sikap pemarah ini juga panas baran dan mudah menjadikan orang yag tidak bersalah atau tiada kaitan sebagai tempat melempiaskan ‘amarah’ yang bergejolak dalam jiwa.Justeru , didiklah jiwa dengan zikrullah dan wudhu’ sebagai unsur ketenangan.Marah adalah api.Api adalah syaitan dan pengubatnya adalah air sembahyang dan sentiasa memupuk rasa sabar dan penyayang serta berfikiran positif sentiasa.

*      PENDENDAM

Tersembunyi atau diibaratkan bagikan api dalam sekam.Ia diumpamakan mengumpul lahar di dalam dada.Orang yang seperti ini sentiasa mencari peluang untuk membalas dendam sehinggakan perkara yang kecil sekalipun mampu merobah dirinya berdasarkan gerak hati kecil.Mereka yang dikenali dengan golongan pendendam ini amat sensitif dan mudah tersentuh.Gerak balas daripada emosi dirinya kan melahirkan perasaan tidak berpuas hati terhadap sesuatu maka tercetuslah rasa dendam yang bermaharaja di jiwa.Lebih dahsyat lagi dikhuatiri akan membawa kepada tindakan di luar kawalan emosi dan memudaratkan orang lain.


*      HASAD DENGKI

Hasad dengki dapat dikenali dengan kata mudah tidak boleh melihat orang lain mendapat sesuatu yang lebih daripada dirinya.Lazimnya , mereka yang hasad ini berasa gusar atau tidak senang duduk apabila melihat orang lain mengecapi sesuatu kejayaan atau menikmati sesuatu yang hebat daripada didrinya.Mereka kan berusaha untuk menghilangkan atau melenyapkan kesenangan yang diperolehi oleh orang lain itu agar ia tidak menimbulkan perasaan tidak puas hati.Dengan kata lain’’biar kita sama-sama tak dapat’’.
Menurut satu hadis Baginda S.A.W hasad mengikis amalan ibarat api yang memakan kayu.
Dalam islam , dengki ini turut melakar sejarahnya yang tersendiri dengan peristiwa pertelingkahan antara anak kepada Nabi Ada .A.S iaitu Qabil dan Habil.Hanya ada dua sahaja jenis dengki yang diharuskan dalam konteks islam iaitu , dengki terhadap kedudukan atau keadaan seseorang yang dikurniakan Allah dengan harta benda namun , ia memanfaatkan harta tersebut pada kebajikan amalannya.Kedua , dengki terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah dengan hikmat (kecerdasan dan kebijaksanaan penguasaan ilmu pengetahuan) lalu ia beramal dengannya dan menyebarkannya kepada orang lain .Pucuk pangkalnya ia  membawa kepada perasaan berlumba-lumba ke arah kebaikan bukan membawa kepada keburukan dan kemungkaran.

*      RIAK

Riak adalah salah satu penyakit hati yang amat sukar diubati.Dan ia amat digeruni oleh golongan ahli ibadat kerana dengan sekelumit perasaan itu akan mensia-siakan malan yang dilakukan kerana Allah .Riak merupakan syirik kepada Allah .Bagaimanapun ia bukan di kategorikan sebagi Syirik Jalli (Syirik besar) seperti meyekutukan Allah dengan mempercayai sesuatu lain yang berkuasa selain Allah.Namun ia terletak dalam kategori syirik Khafi iaitu syirik kecil.Contonhnya riak dalam melakukan amalan dan sebagainya.Orang yang berjiwa riak ini terseksa dengan dirinya sendiri kerana sentiasa tercari-cari ruang dan peluang untuk dipuji, sentiasa berlakon di hadapan umum.Jika dipuji ia akan menambah amalnya , tetapi jika dikeji sebaliknya amalan yang dilakukan akan berkurangan.Golongan ini melakukan amalan bergantung dengan pujian dan sogokan pihak lain, atau lebih ringkas mereka ini tidak iikhlas dalam beribadat kepada Allah.

*      CINTA DUNIA

Dunia hanyalah tempat persinggahan sebelum menuju ke alam yang lebih baqa’( kekal ) .Khalifah Allah iaitu manusia bertebaran di bumi ini adalah bervisikan suatu perkara yang nyata iaitu beribadat dengan mencari keredhaan Allah.Namun cita-cita yang kemas tersemat dalam nurani yang telah disuntik sejak di luh mahfuz itu bisa dipesongkan dengan hanya setitik godaan dan tipu daya dunia.Cintakan dunia mampu menjadikan seseorang lupa kan dirinya , Pencipta dan yang paling utama sebab dia dijadikan oleh Allah untuk mentadbir bumi ini.Jika tidak dapat dia akan menderita , bila sudah dapat lain cerita , kerana bila sudah dapat susah pula dapat menjaganya.Sememangnya tiada larangan dalam islam , melainkan memanfaatkan segala apa yang diberikan Allah dan meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul.Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ dan ia merupakan barang buruan dan menjadi rebutan.Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang di bahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati

*      TAMAK

Tamak merupakan suatu perasaan yang bersifatkan rasa memiliki yang berpanjangan terlalu ‘sayang’ akan kebendaan dan tidak puas dalam mencari sesuatu.Orang yang begini lazimnya , akan sentiasa mengumpulkan kekayaan demi kekayaan dengan niat kemegahan dan tidak menginfakkannya kepada tempat-tempat yang sepatutnya.Mereka lebih rela menyimpan sesuatu barangan tersebut walaupun barangan itu tidak memberi manfaat adatpun rosak daripada diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.Muasir ini golongan ini semakin hari semakin bertambah , mungkin kerana mereka berfikiran usaha mereka , maka ia kekal jadi milik mereka.Sebaliknya ingatlah , yang dikatakan rezeki atau harta itu adalah barang yang dipakai atau digunakan kita .Selagi mana ia tidak digunakan atau disimpan begitu sahaja ia belum boleh dikatakan rezeki kita, mugkin ada hak orang lain di situ.Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Kesimpulannya, penyakit hati haruslah diubati dengan memupuk nilai penghayatan terhadap agama yang tinggi.Kebahagian yang dikecapi  yang didambakan setiap insan bukanlah diragut oleh kemiskinan , musibah ,kesibukan dan sebagainya , tetapi ia adalah sifat mazmumah.Jika terus terus merajai hati , bersimilekan suatu penderitaan yang dicari.


0 ulasan:

:: gRabbanI SonG ::

:: Followers gRabbanI ::