:: sebab hati tidak tenang ::

HHati atau dalam bahasa arab dipanggil Qalbih merupakan salah satu organ dalam tubuh badan.Secara konsepnya, ia adalah satu perkara yang sangat berkait rapat dengan pembentukan diri dan keinsanan seseorang.Jika kita sorot kembali , peristiwa Isra’dan Mikraj ;pengembaraan Nabi Muhammad S.A.W yang Agung ,serta terkandung seribu satu pengajaran , telah berlaku suatu ‘pembedahan’ yang dialkukan oleh Malikat Jibril dengan membelah dada Baginda dan membersihkan hatinya dengan air zam-zam  untukmenghilangkan tompok hitam dalam hati baginda.
Selain itu juga, setiap perkara yang atau perbuatan yang kita lakukan akan memberikan implikasi terhadap hati.Jika satu kejahatan , maka terletaklah satu titik hitam di hati , bagaimana pula jika lebih dari satu kejahatan yang dilakukan dan bertambah-tambah amalan kemungkaran , nescaya hati menjadi gelap dan keras.
Jika sakit fizikal amat jelas kelihatan dan terasa penderitaannya.Sebsliknya sakit dalaman amat perit dan tidak kelihatan dek pandanagan .Namun dirasai jauh menusuk dijiwa.Hati yang tidak tenang seringakali menjadi gangguan atau konfik dalaman yang sentiasa berperang dan tercari-cari dimanakah punca dan penyelesaiannya .Di sini terdapat beberapa penyakit hati yang mudah menjangkiti setiap manusia.Jika ia tidak dirawat dengan Zikrullah maka dibimbangi akan kronik kelak.
Sebabnya ialah terdapat dalam diri anda sifat-sifat ‘mazmumah’ atau tercela.
Antara sifat mazmumah yang menhilangkan ketenangan hati ialah :

Organisasi SMPI Sesi 12/13


MAJLIS TERTINGGI SMPI 12/13

YDP : AHMAD SHAIFULLAH BIN AHMAD
NYDP:RABIATUL ADAWIYAH BT IDROS
S/U:MOHD FAKARORAZI BIN SHAMSUDIN
TIM S/U:NUR FATIMAH BT MOHIDIN
BENDAHARI:MOHD TIRMIZI BIN HJ ABDUL MUTALIB
TIM BENDAHARI:NUR WAHEEDAH BT RAZALI

:: Event Penting D Syaaban ::


Assalamualaikum.
Sekejap sahaja rasanya masa berlalu, sudah tiba bulan Syaaban dan ianya menandakan kita semakin hampir melalui bulan Ramadhan. Setiap bulan didalam Islam pasti ada kelebihan dan sejarahnya. Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya iaitu bulan Ramadhan yang cuacanya panas. 

Antara peristiwa penting yang berlaku pada bulan Syaaban ialah : 

1. Malam Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah iaitu hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja) dan15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib.



2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis. Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.


Kenali SMPI



VISI:PENDIDIK BERINTEGRITI PEMANGKIN GENERASI RABBANI


MISI:

MEMASTIKAN MAHASISWA SMPI TAHUN 1 BERSIKAP PROAKTIF MELALUI PENGLIBATAN PROGRAM DALAM:

1.MENGHIDUPKAN BUDAYA ILMU.
2.MENERAPKAN NILAI2 KESEDARAN.
3.MELATIH DIRI MEMAKSIMUMKAN KEYAKINAN.
4.MENERAPKAN KEPELBAGAIAN KEMAHIRAN DALAM SETIAP DIRI MAHASISWA.

:: gRabbanI SonG ::

:: Followers gRabbanI ::